Kuala Linggi: Parti Amanah Negara (AMANAH) yakin mampu memenangi kesemua tujuh kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 pada 14 November ini.
Presidennya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, keyakinan itu selari dengan sasaran Pakatan Harapan (PH) untuk memenangi 18 daripada 24 kerusi DUN yang ditandingi pada pilihan raya berkenaan.
"AMANAH bertanding tujuh kerusi DUN, kita yakin akan menang semuanya, insya-Allah," katanya pada sidang media selepas program kempen PH PRN Melaka, di Telok Gong, di sini, semalam.
Mengulas mengenai pemilihan calon muda PH, Mohamad Sabu berkata, gabungan itu tidak ketandusan sokongan golongan berkenaan, selain turut memberi ruang kepada calon daripada pelbagai peringkat umur.










