Madrid: Pemain Tenerife, Jesus de Miguel kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) selepas mengalami pertembungan kuat dengan penjaga gol lawan ketika aksi Liga Divisyen Dua Sepanyol menentang Andorra, semalam.

Penyerang berusia 30 tahun itu dilaporkan berada dalam keadaan stabil tetapi serius, menurut kenyataan rasmi kelabnya selepas dia dirempuh Jesus Owono.

Insiden berlaku pada minit-minit terakhir perlawanan ketika kedua-dua pasukan terikat 2-2.

Owono yang berlari keluar meninggalkan gawangnya melakukan terjahan keras terhadap De Miguel di tengah padang sebelum dilayangkan kad merah oleh pengadil.