AKSI divisyen dua Sepanyol yang menemukan Tenerife dan FC Andorra terpaksa ditangguhkan pada masa kecederaan selepas penyerang tuan rumah, Jesus de Miguel tidak sedarkan diri akibat rempuhan mengerikan penjaga gol lawan.Insiden cemas itu berlaku pada minit ke-97 ketika kedudukan terikat 2-2 apabila hantaran jauh Tenerife dalam usaha melancarkan serangan balas pantas saat akhir.Bagaimanapun, penjaga gol Andorra, Jesus Owono yang meluru keluar jauh hingga ke garisan tengah bertindak merempuh De Miguel menyaksikan lututnya menghentam tepat kepala penyerang terbabit.Rempuhan keras itu memaksa pengadil melayangkan kad merah serta-merta kepada Owono.Situasi bertukar panik apabila De Miguel yang pada awalnya berguling menahan kesakitan di atas padang tiba-tiba kaku tidak sedarkan diri.Melihat keadaan tersebut, rakan sepasukan segera meminta bantuan pasukan perubatan kecemasan.Susulan suasana itu dan situasi tidak terkawal itu, pengadil akhirnya membuat keputusan untuk membatalkan baki perlawanan.De Miguel dilaporkan kini berada dalam keadaan stabil selepas dikejarkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Nuestra Senora de Candelaria.Tenerife dalam satu kenyataan memaklumkan: "Aksi #TenerifeAndorra telah ditangguhkan atas faktor perubatan melibatkan Jesus de Miguel. Doa terbaik dan sokongan penuh kami sentiasa bersamanya."Pemain CD Tenerife, Jesus de Miguel kini ditempatkan di ICU Hospital Universiti Nuestra Senora de Candelaria dan berada dalam keadaan stabil biarpun keadaannya agak serius. Pihak hospital akan memaklumkan perkembangan terkini dari semasa ke semasa," kata kenyataan itu.Sementara itu, FC Andorra turut menzahirkan rasa simpati dan menitipkan kata-kata semangat melalui hantaran di laman X."Daripada pihak FC Andorra, kami ingin menghantar segala kekuatan dan doa terbaik kepada Jesus de Miguel susulan insiden serius pada perlawanan hari ini. Kami berharap beliau cepat sembuh. Pelukan erat buat pemain, keluarga serta CD Tenerife," tulisnya.Layangan kad merah kepada Owono merupakan perintah keluar padang yang ketiga dalam aksi penuh drama berkenaan selepas pemain Tenerife, Dani Martin dan pemain Andorra, Lautaro de Leon terlebih dahulu diarah meninggalkan padang beberapa minit sebelumnya.Tenerife terlebih dahulu mendahului 2-0 pada babak pertama menerusi Christian Gomis dan Enric Gallego.De Leon kemudian merapatkan jurang menerusi sepakan penalti namun menerima kad merah pelik selepas bertembung dengan penjaga gol Tenerife, Martin sewaktu mahu mengutip bola dari jaring.Martin pula menyusul menerima kad merah beberapa minit kemudian selepas mengutip kad kuning kedua.Stefan Golubovic berjaya menyamakan kedudukan 2-2 buat Andorra sebelum perlawanan dihentikan sekitar 12 minit kemudian susulan tragedi rempuhan yang menimpa De Miguel.
Lutut penjaga gol hentam kepala, pemain bola sepak dikejarkan ke ICU

Key takeaways
Seorang penyerang Tenerife tidak sedarkan diri selepas dihentam lutut penjaga gol lawan semasa perlawanan ditangguhkan.
- Jesus de Miguel tidak sedarkan diri selepas dihentam lutut penjaga gol FC Andorra.
- Pengadil memberi kad merah kepada Jesus Owono dan membatalkan perlawanan.
- De Miguel kini stabil di ICU selepas dikejarkan ke hospital.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- WARTAWAN SUKAN SINAR
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
2 stories on this topic from 2 sources, oldest first.
- Harian Metro Pemain masuk ICU selepas dirempuh penjaga gol
- Sinar Harian Lutut penjaga gol hentam kepala, pemain bola sepak dikejarkan ke ICU (this story)








