PENGENDALI Manchester United, Michael Carrick menegaskan masih bersemangat untuk membimbing The Red Devils meskipun berdepan tekanan hebat susulan prestasi hambar pasukan itu yang semakin membimbangkan.Carrick kini berada dalam tempoh paling mencabar sepanjang karier kejurulatihannya apabila United bakal mengharungi aksi penting Liga Juara-Juara menentang AS Roma ketika pasukan itu bergelut dengan prestasi tidak menentu sehingga mencatat sembilan perlawanan tanpa kemenangan.Lebih membimbangkan, kedudukan bekas pemain tengah England itu dilaporkan bakal dinilai semula ketika rehat antarabangsa susulan kegagalan United memperbaiki prestasi sekali gus mencetuskan spekulasi mengenai masa depannya di Old Trafford.Bagaimanapun, Carrick tidak mahu terlalu memikirkan tekanan berkenaan sebaliknya menegaskan fokus utamanya ketika ini adalah memastikan pasukan bersedia menghadapi pertemuan penting menentang Roma."Anda mungkin fikir saya gila melihat keputusan yang kami peroleh dan apa yang sedang berlaku tetapi saya benar-benar tidak sabar menantikan perlawanan esok."Saya tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa depan. Apa sahaja boleh terjadi, tetapi perkara itu tidak mengubah persiapan kami. Kami mahu menjadikan perlawanan esok satu malam yang istimewa terlebih dahulu," katanya.Dalam perkembangan sama, Carrick turut mempertahankan komitmen pertahanan Argentina, Lisandro Martinez yang menjadi sasaran kritikan susulan kemerosotan prestasi pasukan selain dilayangkan kad merah ketika kekalahan kepada Chelsea.Martinez turut dikaitkan dengan isu kontrak yang bakal berakhir pada penghujung musim ini selain timbul dakwaan hubungannya dengan pengarah bola sepak kelab, Jason Wilcox semakin tegang selepas pemain itu menyuarakan kritikan terhadap pengurusan pasukan.Namun, Carrick menolak dakwaan bahawa komitmen pemain berusia 28 tahun itu terhadap United semakin terjejas sambil menyifatkan suasana dalam bilik persalinan masih berada dalam keadaan baik."Saya langsung tidak bimbang mengenai komitmen pemain. Bilik persalinan berada dalam keadaan baik dan saya sudah menyatakannya sebelum ini."Komitmen mereka terhadap kelab, saya sendiri dan antara satu sama lain tidak pernah menjadi persoalan. Kami perlu bermain dengan lebih baik dan membuat keputusan yang lebih tepat, tetapi komitmen bukan masalahnya," katanya.Tekanan terhadap United semakin memuncak apabila penyokong melepaskan kemarahan selepas kekalahan besar 0-3 kepada Bournemouth sehingga pemain-pemain diejek ketika meninggalkan padang.
'Anda mungkin fikir saya gila'- Carrick

Key takeaways
Michael Carrick tetap bersemangat membimbing Manchester United walaupun menghadapi tekanan besar.
- Carrick fokus pada persiapan perlawanan penting Liga Juara-Juara melawan AS Roma.
- Kedudukannya dihujani spekulasi mengenai masa depannya di Old Trafford.
- Lisandro Martinez dikaitkan dengan isu kontrak dan hubungan tegang dengan pengurusan pasukan.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- WARTAWAN SUKAN SINAR
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
4 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Harian Metro Saya bertanggungjawab atas kekalahan ini - Carrick
- Free Malaysia Today ‘Ayah kalah 5 kali, saya mungkin perlu kerja 7 kali’, kata calon PH Kuala Linggi
- Sinar Harian 'Anda mungkin fikir saya gila'- Carrick (this story)








