London: George Russell mengakui musim 2026 bukan miliknya selepas mengucapkan tahniah kepada rakan sepasukan Mercedes, Kimi Antonelli yang muncul juara dunia Formula Satu (F1) termuda dalam sejarah.
Pemandu Britain itu berkata demikian dengan penuh kejujuran menerusi luahan peribadi di media sosial, awal pagi tadi.
Russell sebelum ini dikecualikan daripada tugasan media selepas Grand Prix (GP) Mexico City, Ahad lalu, dengan ketua pasukan Mercedes, Toto Wolff menyifatkan pemandunya itu sebagai sangat kecewa dengan apa yang berlaku sepanjang perlumbaan.
Russell yang memulakan perlumbaan dari barisan hadapan melakukan permulaan baik sebelum jentera dipandunya tiba-tiba kehilangan kelajuan sehingga menyebabkan dia kehilangan beberapa kedudukan.










%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fpdrm12_538858.png&w=480&output=webp&q=85&we)