KOTA BHARU: Persatuan Pengusaha-Pengusaha Restoran Me­layu Kelantan (Permeka) meng­gesa kerajaan agar me­ngecualikan penempatan kepada pekerja asing (Thailand) dan bayaran pengurangan permit kepada setiap kerja yang melibatkan restoran.

Penasihat Permeka, Nik Hassan Mohd. Zain berkata, kos penyediaan penginapan memerlukan sejumlah kos termasuk mendapat kebenaran iaitu pihak berkuasa tempatan (PBT) selain Sijil Kelayakan (CF).

Katanya, memandangkan kos bahan mentah dan ekonomi yang semakin meningkat, semua pengusaha perlu mengambil kira kepentingan tersebut.

“Oleh itu, saya berharap kerajaan meneliti syarat-syarat yang ditetapkan mengenai pekerja asing dengan mempertimbang untuk mengecualikan penempatan kepada pekerja asing dan bayaran pengurangan permit kepada setiap pekerja daripada RM1,800 kepada RM1,000.