London: Legenda tinju Amerika Syarikat (AS), Floyd Mayweather bakal kembali beraksi di gelanggang bulan depan di Thailand selepas mengumumkan pertarungan menentang bekas penari dari Australia.

Mayweather, 49, tidak menyertai pertarungan profesional sejak menewaskan Conor McGregor sembilan tahun lalu.

Petinju itu sebelum ini terpaksa menerima hakikat beberapa pertarungan yang dirancang menentang Mike Zambidis dan Manny Pacquiao dibatalkan awal tahun ini.

Bagaimanapun, bekas juara dunia 15 kali itu bakal berdepan petinju Australia, Matty Floyd pada 17 Disember ini.