Madrid: Pengiktirafan sebagai pemain terbaik dunia menerusi anugerah Ballon d'Or mungkin menjadi kemuncak karier Harry Kane, namun penyerang Bayern Munich itu mengakui sanggup melepaskan trofi berprestij berkenaan demi merasai nikmat menjulang Liga Juara-Juara Eropah bersama pasukannya.
Kane dinobatkan sebagai pemain terbaik dunia minggu lalu, mengatasi bintang sensasi Kylian Mbappe dan Lamine Yamal untuk meraih Ballon d'Or
Bagaimanapun, pemain antarabangsa England itu berkata, antara keseronokanbermain bola sepak adalah untuk menikmati kejayaan bersama rakan sepasukan.
"Trofi bersama pasukan ialah sebab kami bermain bola sepak. Aspek berpasukan dalam sukan ini sangat, sangat penting.








