Kuala Lumpur: Kadar Dasar Semalaman (OPR) berkemungkinan meningkat sebanyak 25 mata asas kepada 3.00 peratus tahun depan sekiranya tekanan inflasi semakin meluas dan berterusan, selain didorong pertumbuhan gaji serta peningkatan perbelanjaan isi rumah.
Pensyarah Kanan Fakulti Pengurusan Perniagaan Universiti Teknologi MARA (UiTM), Dr Mohd Iqbal Mohd Noor berkata, kemungkinan kenaikan OPR adalah tinggi, namun waktu pelaksanaannya belum dapat dipastikan.
Katanya, Bank Negara Malaysia (BNM) akan membuat penilaian berdasarkan data ekonomi sebenar dan prospek inflasi sebelum memutuskan sebarang perubahan terhadap kadar berkenaan.
"Ramalan menunjukkan inflasi teras dijangka meningkat kepada 2.5 peratus pada suku ketiga 2027 berbanding paras semasa iaitu 1.7 peratus, namun keadaan ketika ini belum menunjukkan keperluan mendesak untuk menaikkan OPR.










