PETALING JAYA – Pihak yang terlibat dalam kegiatan penyembelihan ayam me­ragukan perlu dikenakan hukuman sebat kerana boleh dianggap sebagai peng­khianat kepada kepercayaan umat Islam untuk mendapatkan bekalan halal.

Desakan itu berasas kerana hukuman penjara atau denda semata-mata dilihat kurang memberi kesan sekiranya pesalah mampu membayar jumlah yang dikenakan.

Pendakwah bebas, Ustaz Syed Mohd. Bakri Syed Ishak atau lebih dikenali sebagai PU Syed berkata, dia bersetuju hukuman sebat dikenakan bagi memberi pengajaran kepada pesalah dan masyarakat.

Katanya, penyembelihan meragukan status halal bukan sekadar isu perniagaan atau pe­langgaran operasi, sebaliknya melibatkan amanah agama, ke­selamatan pengguna dan in­tegriti pensijilan halal.