PUCHONG: Kilang sembelihan ayam segar yang diserbu pihak berkuasa di sini kerana kaedah penyembelihan tidak patuh syarat halal, dikesan memproses kira-kira 40,000 ekor ternakan itu sehari sebelum diedarkan untuk pasaran sekitar Lembah Klang.
Timbalan Pengarah (Gerakan/Operasi) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Muhammad Abdul Halim, berkata kilang terbabit membekalkan ayam mentah bagi kedai makan, pasar raya dan kedai runcit.
"Hasil maklumat yang diperoleh dan selepas pemantauan dilaksanakan, didapati kilang ini melaksanakan proses penyembelihan dan pemprosesan ayam yang tidak mematuhi syarat halal.
"Pasaran bagi ayam-ayam ini meliputi kawasan sekitar Putrajaya, Cyberjaya, Damansara, Puchong, Cheras dan Bangi. Pemilik kilang terbabit merupakan seorang lelaki tempatan berusia awal 30-an," katanya pada sidang media di lokasi hari ini.









%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2026%2F07%2F089466d6856db735a6bc81a5fb19d679.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
