Kuala Lumpur: Prosiding inkues kejadian tembakan di Durian Tunggal, Melaka pada 24 November tahun lalu yang mengorbankan tiga individu bukan sengaja dilewatkan, sebaliknya penetapan tarikhnya tertakluk kepada proses dan pengurusan kes oleh pihak mahkamah.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata Jabatan Peguam Negara (AGC) pada 20 Julai 2026 memutuskan supaya prosiding inkues diadakan selepas meneliti kertas siasatan serta keseluruhan keterangan yang dikemukakan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Beliau berkata, keputusan itu dibuat susulan siasatan menyeluruh yang dijalankan PDRM terhadap kejadian berkenaan termasuk penelitian terhadap keterangan diperoleh serta pematuhan kepada arahan dan keperluan lanjut AGC.