NILAI: Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) meraikan seramai 3,363 graduan pada Majlis Konvokesyenke-24 USIM2026 yang berlangsung pada3 hingga 6 November 2026 di DewanTuanku Canselor USIM, di sini.
Daripada jumlah itu, seramai 2,709 graduan peringkat sarjana muda, manakala 654 lagi ialah graduan peringkat siswazah yang merangkumi program diploma lepasan ijazah, sarjana dan doktor falsafah.
Naib Canselor USIM, Profesor Datuk TsDr Sharifudin Md Shaarani, berkata majlis konvokesyen kali ini mengangkat tema "Integrasi Ilmu Tonggak Kebitaraan Graduan" yang mencerminkan aspirasi USIM untuk melahirkan graduan yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik, malah memiliki nilai murni, akhlak, kemahiran dan jati diri yang kukuh.









