Kuala Lumpur: Kerajaan bersedia meneliti keperluan dan mekanisme pembiayaan bersesuaian bagi cadangan penubuhan tabung khas pemulihan alam sekitar pasca jerebu.
\Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup, berkata penelitian lanjut akan dilaksanakan bersama kementerian dan agensi berkaitan dengan mengambil kira mekanisme bantuan sedia ada, keperluan sebenar serta implikasi kewangan kepada kerajaan.
Beliau berkata, mekanisme pembiayaan berkaitan jerebu tidak seharusnya tertumpu kepada usaha pemulihan selepas kejadian semata-mata, sebaliknya perlu merangkumi keseluruhan kitaran pengurusan risiko.
Katanya, ini termasuk aspek pencegahan, penggunaan teknologi pemantauan, pengurusan tanah gambut, pemadaman awal, penyelidikan serta pemulihan kawasan terjejas.









%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fpdrm12_538858.png&w=480&output=webp&q=85&we)
