Fatin Afeefa yang dikenali sebagai pelakon dan penyanyi memulakan langkahnya menjadi anak seni pada usia lapan tahun.
Malah, filem Tentang Bulan lakonannya diingati ramai hingga kini. Karya arahan Dr Ahmad Idham pada 2006 itu, menggandingkan Fatin dengan barisan pelakon seangkatan seperti Addy Ashraf, Erin Malek, Nik Adruce, Nasiruddin Nasir dan Nor Zam Zam Zakaria.
Seiring masa berlalu dan kematangan usia, Fatin atau mesra disapa Fa, 32, membuat keputusan nekad bersara daripada industri bagi memberi tumpuan kepada rumah tangga, anak-anak dan perniagaan.
Kali terakhir, isteri kepada usahawan diikenali, Aliff Awang dan ibu tiga cahaya mata ini beraksi dalam lakonan adalah menerusi filem Bisikan, arahan Opie Zami, 51, pada 2020 lalu.








