KUALA LUMPUR: Konsistensi Johor Darul Ta'zim (JDT) di pentas Asia terus memberi impak besar kepada kedudukan bola sepak negara.
Kejayaan Harimau Selatan mencatat dua kemenangan berturut-turut dalam saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) 2026-27 membantu melonjakkan ranking MA ke tangga kesembilan Asia.
Menerusi perkongsian di laman sosial rasmi JDT, Johor Southern Tigers, menyaksikan kelab itu menyumbang 33.61 mata atau 75.3 peratus daripada keseluruhan 44.642 mata yang dikumpulkan Malaysia bagi musim 2026-27.
Ia adalah hasil kemenangan ke atas Pohang Steelers dari Korea Selatan dan wakil Thailand, Port FC dalam aksi Zon Timur.









