SUNGAI PETANI - Seorang pekerja pembersihan maut digilis lori dipandu rakan sekerja dalam kejadian di Taman Kelisa Ria di sini sekitar jam 11 pagi Selasa.Mangsa, Mohamad Zaidi Ibrahim, 45, dipercayai sedang melakukan tugas kutipan sisa pepejal sebelum dikatakan terjatuh dari tempatnya berdiri atas lori tersebut.Difahamkan, kenderaan itu baharu sahaja berhenti melakukan kerja-kerja mengutip sisa pepejal dari rumah berdekatan sebelum mangsa terjatuh dan digilis ketika lori tersebut mula bergerak.Saksi kejadian, Azizan Ishak, 65, berkata, terdengar dentuman kuat ketika baharu sahaja pulang dari beriadah sebelum bergegas ke lokasi yang berjarak hanya beberapa buah rumah."Saya baru balik 'jogging' tiba-tiba terdengar bunyi kuat...saya pi tengok, sudah terbaring kat situ, nak tarik tak boleh sebab 'lekat' jadi saya panggil seorang lagi jiran...kami ajarkan dia mengucap," katanya.Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Amanjaya, Penolong Penguasa Bomba Azahari Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.18 pagi."Sepasukan lima anggota digerakkan ke lokasi, sebaik tiba mendapati seorang lelaki berada di bawah lori sampah berkenaan."Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang tiba di lokasi kejadian," katanya.Pasukan bomba turut melakukan kerja-kerja pembersihan di lokasi kejadian selepas mangsa dikeluarkan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Pekerja pembersihan maut digilis lori dipandu rakan setugas

Key takeaways
Seorang pekerja pembersihan maut digilis lori yang dipandu rakan sekerja semasa menjalankan tugas kutipan sisa pepejal.
- Mangsa, Mohamad Zaidi Ibrahim, 45, terjatuh dari lori dan digilis ketika kenderaan itu bergerak.
- Saksi kejadian mendengar bunyi kuat dan segera ke lokasi kejadian.
- Pihak bomba menerima panggilan kecemasan dan tiba di tempat kejadian untuk membantu.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Kosmo
Story details
- Published
- By
- SITI ZUBAIDAH ZAKARAYA
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) Pekerja kilang kertas maut tersepit dalam mesin
- Sinar Harian Pekerja pembersihan maut digilis lori dipandu rakan setugas (this story)








