Vivy Yusof dan Fadzarudin Shah Anuar didakwa bersama pada 5 Dis 2024 atas pertuduhan pecah amanah jenayah membabitkan dana pelaburan Khazanah dan PNB ketika mereka menjadi pengarah Fashion Valet. (Gambar Bernama)KUALA LUMPUR: Perjanjian pemegang saham Fashion Valet Sdn Bhd menetapkan bahawa kelulusan lembaga pengarah perlu diperoleh sebelum syarikat itu boleh mengisytiharkan dividen, menurut keterangan di Mahkamah Sesyen hari ini.

Peguam korporat Anne Wong, 49, yang terlibat dalam penyediaan perjanjian bertarikh 5 Mac 2018 itu, berkata kelulusan tersebut perlu diperoleh daripada majoriti pengarah, termasuk mereka yang dilantik oleh Pulau Tiga Ventures Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Khazanah Nasional Bhd.