PETALING JAYA – “Semalam baru pergi ambil MySara, tadi (semalam) tengok barang semua dah habis tenggelam. Habis beras masuk air, dugaan…”
Itu luahan seorang penduduk Kampung Melayu Subang yang berdepan banjir buruk, semalam.
Menerusi perkongsian di media sosial, pemilik akaun @Eemmeeyy berkata, air banjir kali ini naik sehingga paras dada menyebabkan barangan yang baru dibeli menggunakan bantuan MySara, kelmarin ditenggelami air.
“Kampung Melayu Subang banjir lagi. Kali ini lagi teruk, dalam rumah paras dada. Dugaan, kita reda saja, bukan rezeki,” katanya.










%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FMPfromParlitoday-AhmadYunusHairi1_648809.png&w=480&output=webp&q=85&we)