JASIN: Dakwaan membabitkan calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim, Datuk Khaidirah Abu Zahar, berhubung penggunaan premis dan jentera kerajaan ketika kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka disifatkan sebagai alasan yang dicari pihak terdesak.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau tidak melihat perkara itu sebagai satu permasalahan memandangkan pihak lain juga mengadakan majlis yang dihadiri menteri dan timbalan menteri masing-masing.

Sebaliknya, beliau berharap semua pihak berkempen secara baik dan bersih, selain menghormati pilihan rakyat tanpa membangkitkan isu yang boleh mencetuskan polemik tidak perlu.

“Kalau satu kumpulan itu merasa terdesak, mereka akan mencari pelbagai alasan, mencari pelbagai perkara kerana mungkin mereka sangat terdesak.</