ALOR GAJAH: Kerjasama jentera Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) yang semakin positif pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka disifatkan petanda baik, sekali gus mencerminkan keyakinan masyarakat terhadap calon diketengahkan.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata kerjasama itu menunjukkan perkembangan lebih baik berbanding ketika PRN Negeri Sembilan apabila jentera kedua-dua gabungan berkempen secara berasingan.
Menurutnya, perkembangan positif itu dapat dilihat di Melaka apabila jentera BN dan PN turut bersama-sama dalam program kempen, terutama ceramah pada sebelah malam.
Katanya, jentera PN membantu di kawasan yang ditandingi BN, manakala jentera BN turut diarahkan memberikan sokongan penuh di kawasan yang ditandingi PN.








