Presiden PAS Hadi Awang berkata hubungan antara Barisan Nasional dan Perikatan Nasional akan bertambah baik selepas 'memperoleh pengalaman di Johor, Negeri Sembilan dan kini, buat kali ketiga, di Melaka'. (Gambar Bernama)HANG TUAH JAYA: Kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) mungkin diteruskan selepas PRN Melaka, malah diperluaskan ke pilihan raya umum (PRU), kata Presiden PAS Hadi Awang.

Hadi berkata kedua-dua gabungan komited untuk merapatkan perbezaan, menyelaraskan jentera pilihan raya dan memastikan kemenangan dalam pilihan raya akan datang.

“Insya-Allah, kerjasama itu akan berterusan. Kita jangka keadaan akan menjadi lebih baik selepas memperoleh pengalaman di Johor, Negeri Sembilan dan kini, buat kali ketiga, di Melaka.