Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kejayaan penganjuran PETRONAS MotoGP Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang membuktikan keupayaan negara sebagai tuan rumah acara sukan permotoran dunia sambil menjana limpahan ekonomi tempatan.

KUALA LUMPUR: Kejayaan penganjuran PETRONAS Grand Prix Motosikal (MotoGP) Malaysia 2026 bukan sekadar mengukuhkan reputasi negara sebagai tuan rumah acara sukan permotoran bertaraf dunia, malah menjadi pemangkin aktiviti ekonomi tempatan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“PETRONAS Grand Prix Motosikal (MotoGP) Malaysia 2026 sekali lagi membuktikan keupayaan negara menganjurkan acara sukan bertaraf dunia yang bukan sahaja menarik perhatian peminat sukan permotoran, malah membawa limpahan manfaat kepada rakyat dan ekonomi tempatan,” kata beliau menerusi hantaran di Facebook, hari ini.