Nanning, China : Usaha memperkukuh hubungan dua hala antara Malaysia dan China terus dipergiat menerusi penganjuran program Malaysia Day: A Symphony of Culture, Trade and Flavours.
Program anjuran Konsulat Jeneral Malaysia itu berfungsi sebagai platform strategik bagi meneroka kerjasama ekonomi, perdagangan, pelancongan dan pertukaran kebudayaan demi memperluas jaringan perniagaan rentas sempadan.
Majlis berkenaan diserikan dengan kehadiran Pengerusi Majlis China bagi Penggalakan Perdagangan Antarabangsa (CCPIT) Jawatankuasa Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang, Yang Yanyan selaku Tetamu Kehormat.
Konsulat Jeneral Malaysia dalam satu kenyataan berkata, Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi memainkan peranan penting sebagai pintu masuk utama yang menghubungkan China dengan negara-negara ASEAN.









