SIBU - Seekor buaya sepanjang 5.43 meter dengan anggaran berat melebihi 600 kilogram berjaya ditangkap di Kampung Sedi, Pulau Bruit, Daro hari ini selepas dua minggu diburu kerana mengancam keselamatan penduduk di sekitar muara Batang Paloh.Penangkap buaya berlesen Jeferry Siew Seng Kwong, 41, berkata reptilia itu berjaya dipancing kira-kira 12 tengah hari sebelum beliau bersama pasukannya mendaratkannya pada 4.05 petang.Beliau berkata buaya berkenaan sering memasuki sungai-sungai kecil yang menjadi laluan dan tempat penduduk menjalankan aktiviti harian, sekali gus menimbulkan kebimbangan mengenai keselamatan mereka."Penduduk di sini bergantung pada sungai kecil untuk aktiviti harian mereka. Sebab itu mereka terancam dengan kehadiran buaya terbabit," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.Jeferry berkata pasukannya telah menyasarkan buaya berkenaan sejak dua minggu lepas dan pernah berjaya memancingnya, namun haiwan itu terlepas selepas tali pancing putus.Beliau berkata ancaman buaya di kawasan itu masih belum berakhir kerana terdapat seekor lagi haiwan terbabit yang dipercayai lebih besar dan masih belum berjaya ditangkap.Jeferry yang memiliki lesen memburu buaya daripada Sarawak Forestry Corporation (SFC) telah menangkap lebih 100 buaya sepanjang penglibatannya dalam aktiviti berkenaan.Pada 7 Okt lepas, beliau bersama pasukannya turut berjaya menangkap seekor buaya sepanjang 4.15 meter di Sungai Rajang berhampiran kawasan Stabau-Salim, Sibu. - Bernama
Buaya gergasi sepanjang 5.43 meter ditangkap di Pulau Bruit

Key takeaways
Buaya sepanjang 5.43 meter ditangkap di Pulau Bruit selepas dua minggu diburu kerana mengancam penduduk.
- Buaya itu ditangkap selepas dua minggu diburu kerana mengancam keselamatan penduduk.
- Buaya itu sering masuk ke sungai kecil yang digunakan penduduk untuk aktiviti harian.
- Jeferry, penangkap buaya berlesen, berkata terdapat lagi satu buaya yang lebih besar dan belum ditangkap.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Harian Metro , Berita Harian
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
5 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Buaya tiga meter dikesan di Sungai Perak
- Sinar Harian Buaya gergasi sepanjang 5.43 meter ditangkap di Pulau Bruit (this story)
- Harian Metro Buaya gergasi 5.43 meter ditangkap di Pulau Bruit









