PUTRAJAYA: Fasiliti Community-Based Eco Recycling Hub (COB3R) di Presint 9, di sini, akan dijadikan projek perintis bagi menilai keberkesanan pendekatan kitar semula berasaskan komuniti sebelum diperluaskan ke kawasan lain, termasuk Kuala Lumpur dan Labuan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh, berkata keberkesanan fasiliti itu perlu dinilai terlebih dahulu bagi mengenal pasti penambahbaikan sebelum pelaksanaannya diperluaskan.
Beliau berkata, usaha membudayakan amalan kitar semula perlu diterjemahkan kepada tindakan dan rutin harian masyarakat, bukan sekadar kempen kesedaran.
"Saya mengucapkan syabas kepada Perbadanan Putrajaya atas usaha mewujudkan pusat komuniti ini yang mempunyai dua fungsi utama, iaitu sebagai pusat kitar semula dan tempat pendidikan masyarakat.








