SHAH ALAM: Kesihatan ibu yang kembali pulih menjadi satu-satunya harapan penyanyi Shiha Zikir sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-39, semalam, sekali gus hadiah paling bermakna yang didambakan tahun ini.
Shiha, 38, berkata, doa itu tidak pernah putus dipanjatkan sejak kesihatan ibunya, Rohana Ibrahim, 68, mula merosot pada September lalu.
Katanya, setiap kali menerima pertanyaan atau titipan doa daripada peminat menerusi mesej peribadi (DM), harapan yang disuarakan tetap sama, iaitu mahu melihat ibunya kembali sihat seperti sediakala.
"Saya sebenarnya agak sentimental. Setiap kali orang bertanya atau menitipkan doa menerusi DM, saya selalu menyatakan perkara sama, iaitu hanya mengharapkan kesihatan ibu kembali seperti sediakala.







%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FMPfromParlitoday-AhmadYunusHairi1_648809.png&w=480&output=webp&q=85&we)

