KUALA LUMPUR: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, bertitah nama istana dan gelaran kebesaran bukan barang dagangan mahupun lesen untuk meraih keuntungan atau kepentingan peribadi, sebaliknya membawa amanah serta tanggungjawab yang perlu dipelihara.
Menurut hantaran di Facebook Kesultanan Pahang, baginda bertitah memberi teguran tegas kepada seluruh kerabat dan orang besar negeri supaya tidak menyalahgunakan nama, gelaran, kedudukan mahupun hubungan dengan Istana.
Ia termasuk mendakwa memperoleh perkenan baginda bagi memperdaya pihak tertentu demi kepentingan sendiri.
"Saya ingin menegaskan bahawa nama Istana bukan barang dagangan, gelaran kebesaran bukan lesen mencari keuntungan dan kemuliaan institusi diraja bukan perisai untuk melindungi kepentingan peribadi.








