MADRID: Penyerang Tenerife, Jesus de Miguel meninggal dunia pada usia 30 tahun, hari ini, sehari selepas mengalami serangan jantung susulan perlanggaran ketika perlawanan, menurut kenyataan kelab divisyen dua Sepanyol itu.

Kelab berkenaan mengesahkan berita duka itu menerusi satu kenyataan yang menyifatkan pemergian De Miguel sebagai kehilangan cukup menyedihkan buat seluruh warga pasukan.

"Dengan hati yang hancur, perasaan sebak dan masih sukar mempercayai perkara ini benar-benar berlaku, CD Tenerife mengumumkan pemergian Jesus de Miguel Alameda.

"Tiada kata-kata yang mampu mengubati kesedihan ini dan tiada apa yang dapat menghilangkan perasaan pilu yang sedang kami rasai," menurut kenyataan kelab itu.