KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Parlimen Selangau, Baru Bian gagal dalam permohonannya untuk membatalkan saman yang difailkan oleh PKR yang menuntut ganti rugi RM10 juta kerana bertindak keluar daripada parti berkenaan selepas memenangi kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Ia berikutan apabila Hakim Mahkamah Tinggi Roslan Mat Nor menolak permohonan Baru untuk membatalkan saman PKR itu yang menuntut ganti rugi tersebut.

“Selepas meneliti hujahan dan afidavit kedua-dua belah pihak, mahkmah berpendapat permohonan defendan (Baru Bian) ditolak,” kata Hakim Roslan.

Sebelum ini, permohonan tersebut difailkan melalui firma guaman, Tetuan YH Teh & Quek pada 6 April lalu di Mahkamah Tinggi di sini.