Menteri Kerja Raya Alexander Nanta Linggi berkata projek berstatus sakit mengalami kelewatan lebih 60 hari atau 20% berbanding jadual asal ditetapkan dalam kontrak. (Gambar Bernama)KUALA LUMPUR: Enam projek sakit di bawah kendalian Kementerian Kerja Raya (KKR) kini dalam tindakan penamatan kontrak selepas usaha pemulihan gagal mengembalikan prestasi projek.
Menteri Kerja Raya, Alexander Nanta Linggi, berkata tindakan tegas itu menunjukkan kerajaan tidak akan berkompromi terhadap kegagalan kontraktor melaksanakan tanggungjawab mereka, jika semua obligasi kerajaan telah dipenuhi, namun usaha pemulihan masih gagal membuahkan hasil.
Beliau berkata, projek berstatus sakit mengalami kelewatan lebih 60 hari atau 20% berbanding jadual asal ditetapkan dalam kontrak, mana-mana terdahulu.








%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fparliament1_293812.png&w=480&output=webp&q=85&we)
