KUALA LUMPUR: Situasi keselamatan serantau di Arab Saudi memaksa Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) membuat perubahan terhadap jadual Piala Asia 2027.

AFC dalam kenyataan, hari ini memaklumkan bahawa kejohanan berkenaan yang pada asalnya dijadualkan berlangsung dari 7 Januari hingga 5 Februari tahun depan ditunda kepada 23 Disember 2027 hingga 21 Januari 2028.

Badan induk itu menjelaskan keputusan berkenaan diputuskan susulan perbincangan bersama Jawatankuasa Penganjur Tempatan (LOC) Piala Asia 2027 serta Persekutuan Bolasepak Arab Saudi (SAFF).

Urusan perjalanan dan logistik antara cabaran yang dikenal pasti AFC, yang menyifatkan perubahan jadual itu perlu bagi melindungi kepentingan semua pihak termasuk pasukan, pegawai, penyokong serta pihak lain yang terbabit dalam penganjuran.