KUALA LUMPUR: Selepas kembali menemui rentak terbaik, ketua jurulatih beregu wanita negara, Rosman Razak mahu Pearly Tan-M Thinaah mengekalkan konsistensi permainan.
Menurutnya, beliau gembira dengan perkembangan gandingan itu selepas menjuarai Terbuka Denmark, muncul naib juara Terbuka Perancis dan meraih tempat ketiga Sukan Asia.
"Sebelum ini mereka berdepan masalah kecederaan dan walaupun belum boleh dianggap pulih 100 peratus, saya rasa mereka sudah berusaha keras untuk keluar daripada situasi sukar itu.
"Saya harap perkembangan ini dapat diteruskan. Konsisten bukan hanya dari segi keputusan, tetapi juga corak permainan serta prestasi individu di gelanggang," katanya.








