SEREMBAN: Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Tan Sri Abdul Rashid Hussain dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Da’wah dan Pengurusan sempena Majlis Konvokesyen Ke-24 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Nilai, di sini hari ini.

Naib Canselor USIM, Profesor. Datuk Ts Dr. Sharifudin Md Shaarani berkata, penganugerahan itu sebagai pengiktirafan terhadap jasa dan sumbangan Abdul Rashid yang telah mencurahkan kepakaran lebih lima dekad dalam bidang perbankan, pelaburan dan tadbir urus korporat.

Menurutnya, kepimpinan dan sumbangan Abdul Rashid khususnya dalam memperkasakan syiar Islam serta agenda sosioekonomi negara menjadi inspirasi kepada graduan dan seluruh warga USIM.

“Penganugerahan ini merupakan pengiktirafan atas jasa dan sumbangan tokoh ini yang telah mengabdikan lebih lima dekad kepakarannya dalam perbankan, pelaburan dan tadbir urus korporat.