Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bersama peguamnya (dari kiri) Joshua Wu, Lim Wei Jiet dan Nevyn Vinosh Venudran selepas prosiding di Mahkamah Persekutuan.PUTRAJAYA: Cabaran undang-undang Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman terhadap keputusan kerajaan membatalkan peruntukan kawasan daripada wakil rakyat ditangguhkan bagi membolehkan pihak-pihak terlibat meneroka penyelesaian secara baik.

Peguam Kanan Persekutuan Ahmad Hanir Hambaly memberitahu panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan bahawa beliau menerima arahan daripada Peguam Negara Dusuki Mokhtar supaya prosiding ditangguhkan sementara usaha menyelesaikan pertikaian itu di luar mahkamah dijalankan.

“Pihak-pihak memerlukan masa untuk mengusahakan mekanisme penyelesaian,” katanya.