SINGAPURA: Harga minyak susut untuk hari keempat berturut-turut pada Khamis berikutan jangkaan bahawa kekalahan Parti Republikan pimpinan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, dalam pilihan raya Kongres minggu ini mungkin mengurangkan risiko peningkatan konflik perang AS-Israel terhadap Iran.

Niaga hadapan minyak mentah Brent susut 97 sen atau 1.03 peratus kepada AS$93.65 setong pada 0211 GMT, manakala niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) AS turun AS$1.14 atau 1.29 peratus kepada AS$86.98 setong.

Kedua-dua penanda aras itu jatuh lebih lapan peratus pada sesi sebelumnya, masing-masing ditutup pada paras terendah sejak 31 Ogos.

Trump yang semakin lemah berikutan Kongres dikuasai Demokrat, sekali gus berupaya mengehadkan pilihan ketenteraannya, mempunyai dorongan lebih besar untuk mencari penyelesaian, menurut dua sumber yang rapat dengan kalangan kerajaan Teluk pada Rabu.