SEREMBAN: Seramai 5,883 petugas daripada 44 agensi kini dalam keadaan bersiap siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan bencana banjir susulan Monsun Timur Laut (MTL).

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad, berkata sebagai langkah persediaan, Pusat Kawalan Kontinjen (CCC) sudah diaktifkan pada tahap kesiapsiagaan Standby One.

Alzafny berkata, ia bagi membolehkan pemantauan situasi semasa, pengumpulan maklumat serta penyelarasan tindakan dilaksanakan secara teratur.

Katanya, penekanan turut diberikan kepada pemantauan kawasan berisiko banjir, kesiapsiagaan aset dan logistik serta perancangan penugasan, bagi memastikan pegawai dan anggota dapat digerakkan dengan segera mengikut keperluan operasi.