NILAI: Perjalanan pegawai pendidikan mengambil anaknya pulang dari sekolah berakhir tragedi apabila mangsa maut selepas dirempuh pikap, petang semalam.

Video rakaman kejadian di Kilometer 282.4 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan itu memaparkan pikap berkenaan dipercayai menukar laluan ke kanan secara tiba-tiba menyebabkan penunggang motosikal berusia lingkungan 40-an merempuhnya dan terbabas ke penghadang jalan.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Johari Yahya, berkata nahas kira-kira jam 3 petang itu membabitkan Toyota Hilux dan motosikal jenis Yamaha XMax.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati Toyota Hilux secara tiba-tiba dikatakan menukar lorong ke kanan di laluan Yamaha XMax menyebabkan berlaku pelanggaran.