BANGKOK – Pelajar dan ibu bapa lari dalam ketakutan apabila seorang lelaki melepaskan tembakan ke udara di sebuah sekolah di Thailand, selepas mengadu bahawa anaknya masih tidak pandai membaca dan mengira, lapor laman berita Bangkok Post.
Polis menerima laporan sekitar pukul 3.20 petang (waktu tempatan) bahawa seorang lelaki yang berada di bawah pengaruh alkohol mencetuskan gangguan di Sekolah Ban Na Di di Moo 9, baru-baru ini.
Suspek bernama Manachai Chanthasom, 54, dilaporkan menjerit sambil membawa sepucuk pistol sebelum melepaskan tembakan ke udara di kawasan sekolah.
Seorang pegawai polis, Kolonel Thatchaphon Chinnawong berkata, suspek melepaskan dua das tembakan tetapi tiada kecederaan atau kerosakan harta benda dilaporkan.









