WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengucapkan tahniah kepada calon Demokrat atas prestasi baik mereka pada pilihan raya pertengahan penggal berikutan beberapa siri kekalahan calon Republikan, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

"Baiklah, saya katakan ini 'tahniah kepada Demokrat. Mereka melakukan kerja yang baik'," kata Trump kepada Fox News.

Beliau berkata, Demokrat telah berusaha ke arah detik ini sejak sekian lama, namun menafikan bahawa keputusan itu mewakili kekalahan peribadi.

"Saya tidak menyertai undian," menurut hantaran pada platform media sosial beliau Truth Social.