SHAH ALAM: Air dari kolam takungan di Taman Seri Alam, Saujana Utama di Bandar Puncak Alam melimpah sehingga membanjiri kawasan perumahan susulan hujan lebat sejak jam 4 petang tadi.
Limpahan air didakwa memasuki rumah di Jalan Seri Alam 1, memaksa penduduk segera menyelamatkan barangan berharga, selain memindahkan kenderaan ke tempat selamat.
Menerusi perkongsian video oleh Zamron Mat di Facebook, kolam tadahan itu penuh sehingga melimpah dan menyebabkan banjir, dengan keadaan itu disifatkan lebih teruk berbanding yang pernah berlaku sebelum ini.
"Ada rumah yang dah naik (air). Memang melimpah lebih teruk berbanding sebelum ini dan ia menghala ke Jalan 3, 4 dan 14.










