KUALA SELANGOR: Hujan lebat yang berterusan selama hampir tiga jam menyebabkan limpahan air dan banjir di beberapa kawasan sekitar Kampus Universiti Teknologi MARA (UiTM) cawangan Selangor, Bandar Puncak Alam, di sini hari ini.

Kejadian itu turut mengakibatkan struktur konkrit longkang pecah akibat aliran air yang terlalu tinggi, sekali gus mengakibatkan limpahan air ke kawasan berhampiran.

Rektor UiTM Cawangan Selangor, Prof Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman berkata, beliau turun padang bagi meninjau keadaan kampus serta mengenal pasti punca kejadian.

"Hasil tinjauan mendapati kesemua 16 kolam tadahan air di dalam kampus berfungsi dengan baik dan tidak mengalami sebarang masalah.