LONDON: Kumpulan telekomunikasi Britain, BT mendedahkan bahawa sebanyak 18,000 lagi pekerjaan dimansuhkan sejak akhir Mac sebagai sebahagian daripada program berterusannya untuk mengurangkan kos, lapor PA Media/dpa.

Kumpulan itu, yang pada bulan lalu menyelamatkan firma telekomunikasi TalkTalk daripada pentadbiran insolvensi menerusi perjanjian bernilai £400 juta (AS$532 juta), menyaksikan jumlah tenaga kerjanya merosot daripada 108,000 kepada 90,000 orang dalam tempoh enam bulan hingga akhir Mac.

Sebahagian besar pengurangan itu, yang mencatatkan penurunan 11 peratus berbanding tahun sebelumnya, berpunca daripada pengurangan keperluan tenaga kerja di seluruh bahagian Openreach, susulan pengurangan sumber selepas kemuncak pembinaan rangkaian gentian optik serta usaha mengurangkan kos berbilion pound menjelang 2030.