MADRID: Kapten Barcelona, Raphinha menandatangani lanjutan kontrak bersama juara La Liga itu sehingga 2030, umum kelab berkenaan, hari ini.

Penyerang Brazil berusia 29 tahun itu sebelum ini mempunyai kontrak sehingga 2028 selepas menyertai gergasi Catalan itu pada 2022.

"Ini satu deklarasi komitmen. Kapten kesayangan kami akan terus memimpin projek ini sehingga 2030," menurut kenyataan Barcelona.

Raphinha sebelum ini menyatakan hasrat untuk melanjutkan kontraknya pada September lalu, malah tidak menolak kemungkinan menamatkan karier bersama kelab itu.