PARIS: Carlos Alcaraz melangkah ke suku akhir Masters Paris selepas lawannya, Matteo Berrettini menarik diri daripada aksi pusingan ketiga akibat kecederaan lengan, hari ini.
Perlawanan yang dijadual berlangsung malam ini di ibu kota Perancis itu terpaksa dibatalkan selepas pemain Itali ranking ke-43 dunia berkenaan mengalami kesakitan pada lengannya.
"Malangnya, kesakitan pada lengan yang saya alami sejak beberapa hari lalu tidak membolehkan saya turun beraksi malam ini," kata Berrettini menerusi Instagram.
Dia turut memaklumkan akan menjalani pemeriksaan lanjut dalam beberapa hari ini bagi mengenal pasti punca kecederaan berkenaan.








