Melaka: Calon BERSATU bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee memberi tempoh 24 jam kepada pihak yang menyebarkan video mengaitkan dirinya dengan pertengkaran bersama anggota sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya membersihkan namanya dengan memohon maaf secara terbuka.
Beliau berkata, video yang tular menerusi platform Threads itu adalah rakaman lama, namun beliau tidak mengingati tarikh sebenar kejadian berkenaan.
Katanya, beliau tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang jika pihak terbabit gagal memberikan penjelasan atau membersihkan namanya dan memohon maaf secara terbuka dalam tempoh ditetapkan.
"Memang lama sangat gambar (video) itu. Saya beri tempoh 24 jam dari video itu mula ditularkan. Kalau nama saya tidak dibersihkan, tindakan undang-undang akan diambil.








