Jabatan Peguam Negara (AGC) memutuskan akan kemuka semakan pembebasan Da’i Syed daripada tuduhan merogol selepas teliti alasan penghakiman.PETALING JAYA: Jabatan Peguam Negara (AGC) akan memfailkan permohonan semakan terhadap keputusan majoriti Mahkamah Rayuan semalam yang membebaskan Da’i Syed atau nama Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful daripada pertuduhan merogol.
Dalam kenyataan, AGC berkata keputusan itu dibuat selepas meneliti alasan penghakiman Mahkamah Rayuan.
"AGC mengambil maklum dan menghormati keputusan Mahkamah Rayuan pada 5 Nov 2026 menerusi keputusan majoriti yang telah melepas dan membebaskan Syed Shah Iqmal daripada pertuduhan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
"Setelah meneliti alasan-alasan penghakiman oleh panel hakim Mahkamah Rayuan, pendakwa raya memutuskan bahawa satu permohonan semakan akan difailkan di bawah Kaedah 105 Kaedah-kaedah Mahkamah Rayuan 1994," menurut kenyataan itu.







