Hujan lebat lewat petang tadi akibatkan paras air naik di kampus UiTM Puncak Alam.SHAH ALAM: Beberapa kawasan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Puncak Alam dilaporkan dilanda banjir kilat susulan hujan lebat, menyebabkan beberapa lokasi dinaiki air dan menjejaskan pergerakan kenderaan.
Keadaan itu dikongsikan beberapa pengguna media sosial menerusi aplikasi Threads yang memaparkan situasi banjir di sekitar kampus itu.
Seorang pengguna, @nis0piee berkongsi beberapa video yang menunjukkan kawasan menunggu bas di kampus itu dinaiki air, selain mendakwa kejadian itu merupakan pengalaman pertamanya berdepan situasi sedemikian.
Seorang lagi pengguna, @afiqqqdaniel memuat naik video yang memaparkan aliran air deras yang keruh memenuhi permukaan jalan di kawasan yang dipercayai dalam kampus itu.






