KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih Fraser and Neave Holdings Bhd (F&N) untuk tahun kewangan berakhir 30 September 2026 berkurangan kepada RM437.09 juta berbanding RM508.46 juta yang dicatatkan pada tahun sebelum ini berikutan cabaran dalam segmen Indochina.
Kumpulan makanan dan minuman (F&B) itu melalui satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata, pendapatan menyusut kepada RM4.92 bilion daripada RM5.19 bilion sebelumnya.
"Berlatarbelakangkan ketidaktentuan global, halangan serantau dan peningkatan kos yang dikaitkan dengan pelaburan strategiknya, kumpulan itu merekodkan prestasi berdaya tahan merentas perniagaan domestik terasnya di Malaysia dan Thailand untuk tahun kewangan 2026, sambil terus membangunkan dua pelaburan strategik, F&N AgriValley serta operasi pembuatan baharu di Kemboja," katanya.








