MELAKA - Kerajaan perlu mencari sekurang-kurangnya RM40 bilion setahun bagi menampung subsidi minyak, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Beliau berkata, harga minyak di Malaysia merupakan antara yang termurah di dunia jika dibandingkan dengan negara-negara pengeluar minyak lain ketika ini."Anda bayar RM1.99 (seliter bagi petrol RON95 bersubsidi). Satu tahun saya kena cari RM40 bilion tampung belanja (subsidi) minyak. Sebab itu (harga) minyak di Malaysia itu, paling rendah di dunia. "(Dibandingkan Malaysia dengan) Brunei sikit sahaja rendah tetapi yang lain Arab Saudi, Qatar (negara pengeluar minyak dunia) semua (harga) lebih tinggi daripada kita," katanya pada program Malam Harapan di Dewan Sekolah Tinggi Pay Fong di sini malam Khamis.Hadir sama, Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu dan Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Nga Kor Ming.Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, langkah kerajaan memperuntukkan subsidi bahan api didorong rasa tanggungjawab terhadap kepercayaan rakyat yang memilih gabungan itu untuk mentadbir negara ini."Bukan sebab saya pandai, sebab rakyat bersama-sama kita (PH). Rakyat faham, dia bayar sikit (harga minyak)... tetapi dia (rakyat) tahu negeri ini mesti diselamatkan," katanya.Menteri Kewangan itu berkata, kerajaan ketika ini menanggung hutang berikutan penyelewengan dilakukan pentadbiran terdahulu, menyebabkan rakyat pelbagai kaum turut terkesan."(Kes) 1Malaysia Development Berhad (1MDB)... bila hutang siapa bayar? Melayu kena bayar, Cina kena bayar, India kena bayar, Sabah Sarawak kena bayar. "Kemudian FELDA, Melayu punya. Setiap tahun hampir RM1 bilion ringgit (hutang FELDA kerajaan kena tanggung). Kenapa? Kerana orang-orang dia curi duit... Tabung Haji, RM10 bilion hilang," kata beliau.Pemimpin tidak boleh berpura-puraDalam pada itu, Anwar berkata, menjawat jawatan Perdana Menteri bukanlah sesuatu yang mudah kerana tanggungjawab yang dipikul merangkumi seluruh rakyat tanpa mengira kaum, dan bukan hanya tertumpu kepada kaum tertentu.Beliau berkata, pemimpin tidak hanya boleh berpura-pura mahu menjaga semua kaum ketika aktiviti kempen pilihan raya semata-mata untuk meraih undi namun tidak melaksanakannya selepas mendapat mandat rakyat.Perdana Menteri berkata, kerajaan memperkenalkan pelbagai bantuan bagi membantu rakyat tanpa mengira latar belakang kaum dan agama bagi meringankan beban kos sara hidup mereka, antaranya Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM200 bagi setiap pelajar dan murid di seluruh negara."Saya mahu negeri ini (Melaka) selamat, kita mesti jaga semua rakyat di seluruh negara," kata beliau.Sementara itu, Anwar turut menyeru seluruh rakyat terutamanya di Melaka agar terus bersatu padu supaya keamanan dan kemajuan negara dapat diwariskan kepada generasi seterusnya."Jadi kalau tanya saya, apa pasal kita mahu Pakatan Harapan kuat di Melaka, sebab kita mahu negara ini kuat," kata beliau.Program Ma
Kerajaan perlu cari RM40 bilion setahun tanggung subsidi minyak - Anwar

Key takeaways
Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata kerajaan perlu cari RM40 bilion setahun untuk subsidi minyak kerana harga minyak di Malaysia antara termurah di dunia.
- Kerajaan perlu RM40 bilion setahun untuk subsidi minyak.
- Harga minyak di Malaysia antara termurah berbanding negara pengeluar minyak lain.
- Subsidi bahan api disebabkan rasa tanggungjawab terhadap kepercayaan rakyat.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 6 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today Kerajaan sedia bayar RM45 bilion setahun tanggung subsidi bahan api
- Utusan Malaysia Tanggungan subsidi petroleum cecah RM40 bilion tahun ini
- Sinar Harian Kerajaan perlu cari RM40 bilion setahun tanggung subsidi minyak - Anwar (this story)








